PARTICULARS

Professor Dr. Norzaidi Haji Mohd Daud
Adjunct Professor, INTI International University and Colleges
Visiting Professor, King Saud University (2011)
Ph.D (Management information systems) (MMU)
M. Management, (IIUM)
B.Sc. Business Administration (Bowling Green, USA)
Cert. Adv. Statistics (MMU)
Cert. Prob. Formation & Prob. Formulation, (MMU)

ADDRESS

Director,
Community of Research (Management Science)
Institute of Research Management and Innovation
Universiti Teknologi MARA Malaysia
40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Phone: 03-5544 2000
Fax: 03-5544 2344
E-mail: norza544@salam.uitm.edu.my/zaidiuitm2000@yahoo.com

Founder and Editor in Chief, Business & Management Quarterly Review
Founder and Editor in Chief, International Journal of Undergraduates Studies
Founder and Editor in Chief, International Journal of Applied Business Research

PhD Examiner:
Queensland University of Technology, Australia
Annamalai University, India
Universiti Malaya
Universiti Putra Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi MARA
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Universiti Utara Malaysia
International Islamic University
SEGi University

RESEARCH INTERESTS

Management information systems
Management of technology and innovation
Library and information sciences
Waqaf management
Portfolio management
Educational management
Human resource management
Maritime industry
Economics
Strategic management
Marketing

Saturday, January 2, 2010

Geneve, Switzerland Innovation Exhibition


Ini merupakan kali kedua saya mewakili Malaysia/UiTM. Pertama kali saya sampai di Geneve pada tahun 2006 dan selepas 3 tahun saya kembali dengan harapan untuk mengutip sebutir pingat lagi. Dengan jumlah penyertaan yang agak besar, kontigen UiTM berjaya meraih kejayaan yang besar. AlhamduLillah, berbaloi dan berjaya mencipta rekod yang cemerlang. Kali ini pingat emas dikaut oleh Prof. Dr. Ku Halim dan paling menarik beliau berjaya mengondol anugerah khas negara Romania. Emas ketiga, ...em..saya dapat. Syukur kerana ini merupakan pingat emas pertama Geneve dalam kategori sains sosial. Bila dapat keputusan, saya terus call Intan untuk memaklumkan kejayaan kontigen UiTM di Geneve. Keputusan di PECIPTA 2009 melayakkan saya ke luar negara lagi, mungkin ke GENEVE lagi, tahun 2010???

Sunday, July 26, 2009

Innovation News

Press conference
Berita Harian 11 April 2009

Harian Metro, 10 April 2009


Thursday, November 20, 2008

INPEX USA 2007

Berita kemenangan kontingen UiTM dalam Berita Harian

Kontingen UiTM dengan pingat masing-masing

Booth di INPEX

INPEX di adakan di Pittsburgh, Pennsylvania USA. Pada tahun 2007 merupakan tahun bertuah saya dan Intan kerana terpilih ke pertandingan ini. INPEX merupakan pertandingan rekacipta yang dianggap paling mencabar kerana pemenang adalah berdasarkan sistem 'ranking'. Peserta yang mendapat tempat ketiga teratas akan diumumkan sebagai pemenang pingat emas, perak dan gangsa. Walau bagaimanapun, penganjur membenarkan peserta mendaftar produk mereka dalam bebeapa kategori, yang mana dipertandingan rekacipta lain, perkara ini tidak dibenarkan. Hakim di INPEX pula kebanyakkan sangat "berpengalaman" kerana umur mereka dalam kitaran 60-80 tahun! Sebab itu ada diantara mereka yang memakai alat pendengaran, tongkat dan kerusi rosa untuk menghakimi setiap booth. Begitulah INPEX...

Tuesday, November 18, 2008

Eureka-Innova, Brussels, Belgium 2008

Saya dan Intan bersama pingat emas dan pingat perak

Kontingen UiTM dengan pingat dan sijil Eureka-Innova masing-masing

Kontingen menghantar pasukan seramai 8 orang bagi menghadiri pertandingan rekacipta antarabangsa di Brussels, Belgium 13-15 November 2008. Pasukan ini dibawa oleh saya sebagai pengurus kontingen membariskan muka-muka baru dan lama. Produk-produk yang terpilih merupakan produk yang telah memenangi pingat emas dan perak di ITEX 2008. Produk-produk berkenaan adalah seperti berikut;

1. Cooling coil assembly redesign for ergonomic improvements; Prof. Madya Ir. Loo Huck soo dan Dr. Paul H.P. Yeow, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
2. Plammashied: A novel enviroment-friendly thermal insulation metarial based on renewable materials; Encik Badrul Hisham Mohd Noor, Prof. Dr. Azni Zain Ahmed, Prof. Dr. Wan Rosli Wan Daud, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Pahang, Institut Pengurusan Penyelidikan, Sekolah Teknologi Industri, USM
3. Herbal Cookies; Prof. Datin Dr. Toh Poh See, dan Maria Mohd Salleh, Fakulti Pengurusan Hotel
4. Anagas; Dr. Shanker Kumar Sinnakaudan, Coraline Marajan, Azrul Azali Kamaruddin, Nafhatun Jalilah Mohamed Azri, Mohd Sofian Sulaiman dan Prof. Datulk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, WAREM, UiTM Pulau Pinang.
5. Water waste extract; Syed Alwi Syed Abu Bakar dan Khairil Afaizal Hashim, Fakulti Seni dan Rekabentuk, UiTM Perak.
6. CAMS: Computerised asset management system for SMEs; Intan Salwani Mohamed, Dr. Norzaidi Mohd Daud dan Prof. Dr. Normah Omar, RMI/ARI/Fakulti Perakaunan/Fakulti Pengurusan Perniagaan
7. Smart low power AC-DC converter; Rahimi Baharom, Mustafar Kamal dan Ngah Ramzi Hamzah, Fakulti Kejuruteraan Elektrik
8. TECHPROVED model: New invention of business information technology diagnostic tool; Dr. Norzaidi Mohd Daud dan Intan Salwani Mohamed, RMI/ARI/Fakulti Pengurusan Perniagaan/Fakulti Perakaunan

AlhamduLillah, kesemua produk yang dipertandingkan memenangi pingat; 3 pingat emas, 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Tahniah semua!

Senarai pemenang

Pingat emas
1. PM Ir. Loo Huck Soo dan Dr. Paul H.P. Yeow
2. Encik Rahimi Baharom, Encik Mustafar Kamal dan Encik Ngah Ramzi Hamzah
3. Dr. Norzaidi Mohd Daud dan Puan Intan Salwani Mohamed

Pingat Perak
1. Puan Intan Salwani Mohamed, Dr. Norzaidi Mohd Daud, dan Prof. Dr. Normah Omar
2. Encik Badrul Hisham Mohd Noor, Prof. Dr. Azni Zain Ahmed, dan Prof. Dr. Wan Rosli Wan Daud
3. Prof. Datin Dr. Toh Poh See dan Puan Maria Mohd Salleh
4. Dr. Shanker Kumar Sinnakaudan, Puan Caroline Marajan, Encik Azrul Azali Kamaruddin, Puan Nafhatun Jalilah Mohamed Azri, Encik Mohd Sofian Sulaiman dan Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Pingat Gangsa
1. Encik Syed Alwi Syed Abu Bakar dan Encik Khairil Afaizal Hashim

Wednesday, September 24, 2008

Pertandingan Rekacipta Pertama

Pertama kali di pertandingan rekacipta antarabangsa, Geneve, Switzerland 2006

Saya dan Intan masuk pertandingan rekacipta secara tidak sengaja. Tahun 2005 merupakan tahun keramat bagi kami berdua. Selepas diumumkan memenangi anugerah khas CSSR di Kuala Terengganu, kami diberi peluang untuk bertanding di IPTA R&D Expo di PWTC Kuala Lumpur. Apabila kami menerima surat jemputan untuk ke pertandingan rekacipta, hati kami kembang dan seronok. Tapi masa itu tak berapa faham akan konsep pertandingan rekacipta. Kena buat persediaan bahan-bahan. Buat pertama kali, kami berdua berkerja keras menyiapkan bahan-bahan pameran seperti CD, pamplet, gambar dan etc. Belanja masa itu boleh tahan. Di hari pertandingan datang dua orang hakim. Kebetulan hari pertandingan itu hari jumaat, maka hakim itu bergegas untuk mengambil markah. Soalan pertama yang ditanya. Cerita sedikit mengenai produk anda, dan dah commercial ke belum? Maka kami pun menjawab dengan ayat yang pertama kali keluar dalam pertandingan rekacipta. Tak sampai 15 minit hakim menyempurnakan tugas mereka dan kami pun kelegaan! Tapi kenapa sekejap sangat? Kita prepare bahan ambil masa berhari-hari. Letih betul. Tapi AlhamduLillah, dah selesai tanggungjawab. Keputusannya aje kena tunggu. Rasa suspen pula, kalau tak menang malu. Pada hari penyampaian hadiah, kami semua dijemput ke dalam dewan untuk mendengar keputusan. Masa itu berdebar-debar sebab ini merupakan pertama kali mungkin kami akan mendapat pingat. Bila sekreteriat IPTA R&D mengumumkan keputusan yang dipancarkan ke screen, peserta semua jadi serious...melihat keputusan masing-masing. Ada yang dah bersorak dah. Gamat dewan pada masa itu. Sekarang list untuk UiTM. Kami bertambah suspen. Satu persatu senarai pemenang diumumkan. Mana dia nama kami?...hah..sangkut, AlhamduLillah. Dapat pingat pertama pertandingan inovasi. Intan terus contact emak dan abah. Lepas kemenangan itu, saya terserempak dengan orang kanan UiTM dan beliau kata...InsyaAllah kita akan ke Geneve, Switzerland! AlhamduLillah...rezeki, siapa sangka.

Monday, September 22, 2008

Invention and Innovation Exhibition: Introduction

Geneve, Switzerland
Invention and Innovation exhibition atau pemeran rekacipta telah lama bertapak di Malaysia. Walaubagaimanapun, kehadirannya tidak begitu disedari oleh semua terutamanya masyarakat umum. Buat masa sekarang pemeran rekacipta antarabangsa telah dijadikan aturacara tahunan dan ianya telah berlangsung selama 19 tahun. Di Malaysia, pameran rekacipta cipta peringkat antarabangsa dikendalikan oleh Malaysian Invention and Design Society (MINDS), manakala pameran rekacipta besar lain di kendalikan oleh Malaysian Association of Research Scientist (MARS), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE). MINDS mengendalikan pameran rekacipta (setaraf British Invention Show (BIS), Seoul International Invention Fair (SIFF) etc.), International Invention and New Technology Exhibition (ITEX) di KLCC, Kuala Lumpur. MARS pula mengendalikan Malaysia Technology Exhibition (MTE) pada setiap tahun di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Di samping itu, MOSTI akan mengendalikan pertandingan inovasi dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri bagi mencari produk hasil kerjasama penyelidik dengan jabatan kerajaan dan swasta (AIPB). MOHE pula menganjurkan dua tahun sekali PECIPTA (dahulu dikenali sebagai IPTA R&D Expo) yang mana pameran rekacipta dibuka kepada seluruh IPTA di Malaysia dan institusi luar negara.